DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, June 25, 2015

BENDI GORENG KELAPA


 
 
BENDI GORENG KELAPA
 
500 gm bendi,dipotong nipis
 
60 gm kelapa parut putih
 
30-20 gm udang kering,rendam dan di-tumbuk kasar
 
Garam dan sedikit gula (jangan banyak)
 
Bahan tumis:
 
4 s/m minyak
 
1 big bawang besar,dihiris halus
 
2-3 tangkai chili hijau,di-hiris
 
4 ulas bawang putih,ditumbuk kasar
 
2 tangkai daun kari
 
1 s/t  biji sawi
 
1 s/t  jintan manis
 
1 s/t ulutham parupu,jika ada
 
 
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik wang. Bila bawang menjadi perang masuk udang kering dan goreng seketika.
 
2. Masuk bendi,gula dan sedikit garam dan kacau rata slowlykan api dan tutup kuali dan biarkan sekejap. Kacau rata bendi bila Nampak bendi sudah masak masuk kelapa dan kacau rata. Goreng sebentar. Boleh di hidangkan dengan nasi panas.
 
 
 
 
 

1 comment:

Kjee said...

This is very sedap Chef. Tq for recipe.