DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Monday, June 15, 2015

VARUVAL AYAM BERKICAP


VARUVAL AYAM BERKICAP

1 ekor ayam,di-potong  dan gaul dengan sedikit garam ( jangan banyak ) dan serbuk kunyit dan di goreng,jangan goreng sampai garing. Dalam minyak yang sama goreng 10 tangai chili kering dan 3 tangkai daun kari ( untuk di tabur) ketepikan

3-4  s/m kicap pekat manis

2 batang kayu kulit manis

2 tangkai bunga lawang

2 tangkai daun kari

1 cube stock ayam kalau tak ada ganti dengan pak haji secukup rasa.
 
1/2 cawan air

4 s/m minyak

Bahan kisar

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1 batang serai

1 in halia

1/2 in lengkuas

10 tangkai chili kering,buang biji dan rendam,kalau nak pedas tambah chili padi

1 biji tomato masak,sederhana besar
 
1 s/m serbuk kari daging


Kisar semua bahan diatas dengan sedikit air.

1. Panaskan minyak dan tumis kayu kulit manis,bunga lawang dan daun kari.

2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik minyak. Masakkan kicap dan stock ayam atau pak haji. Kacau rata.

3. Masuk air dan biar kacau rata dan biarkan mendidh. Masuk ayam  dan kacau rata Rasa dulu sebelum masuk garam. jika perlu masuk garam. Saya tak masuk garam.Masak hingga kering. Tabur dengan chili /daun kari goreng tadi.
 
 



No comments: