DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Friday, June 19, 2015

KARI AYAM CHETTINAD


KARI AYAM CHETTINAD
 
1 kg ayam,dipotong kechil2
 
1/3  s/t  serbuk kunyit
 
1 s/m serbuk cili
 
1  s/t  garam
 
Perap ayam dengan bahan2 di atas 1/2 jam
 
Bahan2 blend:
 
7 s/m kelapa parut
 
7 biji gajus
 
Blend dengan 1/4 cawan air sampai lumat,ketepikan
 
2-3 s/m minyak
 
2 biji bawang besar,di-hiris halus
 
1 s/m pes halia
 
1 s/m pes bawang putih
 
3 biji tomato masak,cengcang
 
1 cawan air,atau secukup nya
 
Daun ketumbar
 
Daun kari
 
Garam secukup rasa
 
 
Di-campur dengan sedikit air menjadi pes.
 
1/3 s/t serbuk kunyit
 
11/2 s/t serbuk ketumbar
 
1 1/2  s/t serbuk chili
 
1 s/m serbuk jintan putih
 
1 s/t serbuk lada hitam
 
1/3 s/t serbuk kayu manis
 
1/3 serbuk bunga cengkih
 
1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari hingga naik wangi. Masuk pes halia dan bawang puith tumis hingga hilang bau bawang putih. Masuk pes rempah dengan sedikit air dan tumis hingga naik minyak. Masuk tomato dan kacau rata dan masak hingga naik minyak.
 
 
2. Masukkan ayam dan kacau rata, masuk garam dan sedikit daun ketumbar dan kacau selama 8 mint. Masukkan air I cawan atau pun sampai tutup ayam. Tutup periuk dan biar ia mereneh sampai ayam 1/2 masak . Lepas tu masuk pes kelapa dan gajus dan masak hingga ayam masak. Tabur dengan daun ketumbar.
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 comments:

aida aiman said...

Hi mr thyaga... sy aida nk ucapkan terima kasih sb buat blog ni... suami sy suka indian food tp sy xtau nk masak sgt tp bile tgk blog u sy suka sgt n hope can cook some good food for him... tq again sir

aida aiman said...

Hi mr thyaga... sy aida nk ucapkan terima kasih sb buat blog ni... suami sy suka indian food tp sy xtau nk masak sgt tp bile tgk blog u sy suka sgt n hope can cook some good food for him... tq again sir