DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Wednesday, July 29, 2015

BUTTER TAU FOO MASALA



BUTTER TAU FOO MASALA

Masakan ini selalu nya di masak dengan ayam atau pun pannir tapi kali ini saya masak pakai tau foo. Pasal my family ini banyak kambing hehe tak boleh (ikut agama) makan daging dan benda2 yang ada darah....

3 keping tau foo,potong jadi 12 cube,di goreng dan ketepikan

100 gm butter

 100 gm bawang besar,dikisar

1 1/2 s/t serbuk ketumbar

1 s/t serbuk chili

1 s/t serbuk garam masala

1/2 cube stock ayam,saya tak pakai

1/4 cawan susu sejat

1 1/2 cawan air

Garam & gula secukup rasa

Bahan kisar:

350 gm tomato

10 gajus

1 cm halia

3 ulas bawang putih

Kisar semua bahan di-atas sampai lumat dan ketepikan

(A)
1 s/t jintan manis
3 kumtum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kayu manis

Daun ketumbar untuk di-tabur

1. Panaskan butter dan masuk  bahan A dan tumis, masuk bawang kisar dan tumis hingga hilang bau mentah.

2. Masuk bahan kisar dan kacau rata, Masuk bahan serbuk  dan kacau rata dan masak selama 3 mint atau pun sampai naik minyak.

3. Masuk susu,stock ayam,garam dan gula kacau rata dan tuangkan air dan biar sampai mendidih ( kalau rasa tak cukup air boleh tampah sedikit lagi ) Masuk tau foo dan masak hingga pekat dan naik minyak.. Suaikan rasa. Tabur daun ketumbar dan hidang bersama chapatti atau pun roti.


No comments: