DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Friday, July 31, 2015

SAMBAR




KARI DHALL

1 cawan dhall,direndam 4-5 jam sampai kembang.

7 ulas bawang putih.

30 gm halia

3-4 tangkai chili hijau

1 s/m jintan putih ( cumin )

1 s/t serbuk kunyit

2  1/2 cawan air*

Campur semua bahan diatas dan pressure cook sampai betul embuk . Kalau nak kari dhall yang sedap dhall tu mesti betul2 empuk. Kalau tak ada pressure cooker rebus hingga empuk air kena tambah lagi. Lepas di masak lecek dengan sudu.

150 gm tomato,di belah

1 1/2  cawan air

1 cawan santan pekat

2 s/m minyak sapi (ghee)

1 s/t serbuk jintan putih

Garam secukup rasa

Serbuk perasa,jika suka ( saya tak masuk)

Bahan tumis

3-4  s/m minyak

1 biji bawang besar, dihiris halus

1 s/t biji sawi

2 tangkai daun kari

4 tangkai chili kering,dipotong 2

1. Masuk air ke dalam dhall yang sudah di masak tadi dan rebus hingga mendidih.

2. Kacau rata dan masuk tomato,serbuk jintan putih,minyak sapi dan santan dan biarkan mereneh.

3. Dalam kuali lain panaskan minyak dan masuk bahan tumis dan tumis hingga bawang menjadi
perang. Tuangkan ke dalam dhall dan kacau dan rata masuk garam dan biarkan mereneh sampai sebati. Kari ini Nampak cair bila panas dah sejuk dia jadi pekat. Boleh di hidang dengan chapatti atau roti canai

.
* saya guna cawan 250ml dalam semua masakkan saya.









No comments: