DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Wednesday, August 5, 2015

KARI KACANG HIJAU






KARI KACANG HIJAU

1 cawan (250ml) kacang hijau,di rendam semalam atau pun sampai kembang. Pressure cook dengan 3 cawan air, 6 ulas bawang putih,2-3 chili hijau,1 s/m jintan putih,1 s/m serbuk kunyit and 3 cm halia tumbuk sampai empuk dan hanchur. Kalau tak ada pressure cooker rebus jer sampai masak dengan air secukup nya.

170 gm tomato,dibelah 4

300 gm ubi kentang ,dipotong

1 biji carrot,dipotong

250 gm terung ikut lah panjang ker bulat

2 tangkai chili hijau,dibelah

1 s/m serbuk jintan putih

Garam secukup rasa

5 cawan air

1 cawan santan pekat

2 s/m ghee,jika suka

Bahan tumis:

2 biji bawang besar,di hiris halus

5 tangkai lada kering,di potong

3 tangkai daun kari

1 s/t biji sawi

5-6 s/m minyak

1. Masukkan air kedalam kacang yang telah direbus tadi dan kacau rata. Panaskan dan biar sampai mendidh.

2. Masuk tomato,ubi,carrot dan serbuk jintan putih kacau rata dan biarkan mereneh sampai ubi masak.

3. Bila ubi sudah empuk masuk terung,garam dan santan pekat kacau rata dan biar mereneh. Dalam kuali lain tumis bahan lain sampai bawang menjadi perang. Tuangkan kedalam kuah kacang hijau dan kacau rata

.
4. Masak hingga terung empuk and kari sebati masuk ghee kacau rata.. Boleh di hidang bersama nasi. Sedap jika ada lauk ikan masin goreng dan sambal belacan. Selamat mencuba.






No comments: