DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, September 15, 2015

SERUNDING UDANG KERING




SERUNDING UDANG KERING

400 gm kelapa parut

1/3  cawan minyak

2 s/m jus asam java,atau secukup rasa

Gula,serbuk perasa dan garam( garam ini masuk last pasal udang kering memang masin,rasa dulu sebelum masuk)

100 gm udang kering,di remdam sampai kembang*

20 tangkai chilie kering,potong dan rendam dalam air*

2 biji bawang besar (biar yang besar)potong*

6 ulas bawang putih*

7 batang serai*

11/2 inci halia*
11/2 inci lengkuas*

3 s/m biji ketumbar**

11/2  s/m jintan manis**

11/2  s/m jintan putih**

1.     Goreng bahan bertanda** tanpa minyak hingga naik wang. Sejukkan, Kisar hingga menjadi serbuk.

2.     Kisar semua bahan bertanda* dengan sedikit air. Ketepikkan.

3.     Panaskan minyak dan tumis bahan kisar* dan bahan kisar** sampai naik minyak. Masukkan kelapa parut dan kacau rata.

4.     Masuk gula dan air asam java kacau hingga menjadi kering dan lembap. Dan rasa dulu sebelum masuk garam. Tutup api dan alihkan ke dalam bekas lain. Sejukkan sebelum digunakan.

5.     Boleh buat pulut panggang atau pun pulut kuning











1 comment:

Ray Rayz said...

Mohon resipi disini diambil
buat simpan peribadi dan
dikongsi dengan raka yang lain.

Terima Kasih.