DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, October 22, 2015

MODAKAM






MODAKAM

Untuk kulit:

200 gm tepung beras,di-sangai hingga naik panas. Sejukkan

½ s/t garam

1 s/m ghee

Ayer panas (betul2 panas)

   Dalam mangkuk campur tepung,garam dan ghee gaul rata. Tuang air panas sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang panas. Sejukkan dan uli hingga menjadi doh yang licin.

   Ambil sedikit doh dan bentukan menjadi bulat dan rata-ratakan nya sedikit masuk inti ke dalam nya. Golekkannya supaya menjadi bulat semula. Gris dulang penkukus dengan sedikit ghee dan atur modakam dan kukus hingga masak selama 10 -15 mint.

Nota: Selalu kuih warna putih jer. Tapi saya nak cantik jadi saya campur dengan warna merah dan hijau.

Inti kelapa kacang tanah

200 gm kelapa parut

150 gula perang (chap bintang)

25 gm bijian

100 gm kacang tanah,goreng,ditumbuk

2 s/m ghee

1 s/t serbuk buah pelaga

½ cawan air

Secubit garam

  Masak air dengan gula perang sampai mendidih masuk semua bahan2 lain dan masak hingga kering. Bentukkan inti menjadi bola kecil2.








No comments: