DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Wednesday, October 28, 2015

SAMBAR SADAM ( NASI KACANG DHALL )




SAMBAR SADAM ( NASI KACANG DHALL )

1 cawan beras ( saya guna beras hanchur )di masak nasi lembik,ketepikan

1/3 cawan kacang dhal, di pressure cook sampai embuk dengan 3 ulas bawang putih, 1 s/t jintan manis, 2 cm halia tumbuk, 3 cupit serbuk kunyit dengan  11/2 cawan air. ketepikan

100 gm carrot*

100 gm kacang panjang*

100gm ubi kentang*

100gm terung*

100gm tomato*

* di potong kecil2

4 cawan air

1 cawan santan

2 s/m serbuk sambar, Boleh di beli di kedai runcit india

1 s/t serbuk cili,jika suka pedas

Sedikit air asam java,jika suka masam

Garam secukup rasa

Bahan Tumis:

3-4 s/m minyak

1 biji bawang merah,dihiris halus

3 tangkai chili kering

1 s/t biji sawi

1 s/t ulutham paruppu

2 tangkai daun kari

1. panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga bawang menjadi perang. Kecilkan api dan masuk serbuk sambar dan serbuk cili kacau dan tuang air,kacang dhall dengan air nya sekali dan sayur. Kacau rata dan biarkan mendidih.

2. Bila ubi kentang sudah masak masukkan nasi,santan dan garam. Kacau rata dan biarkan sampai masak sebati. Nasi ini mesti cair dan lembik bukan kering. Hidang dengan papaddam dan raita.

Nota Nasi ini sedap di makan dengan ikan masin. Nasi ini lah orang islam di india selalu buat buka puasa.
untuk selera orang melayu boleh jika nak masuk udang ker atau pun ikan bilis.







1 comment:

Nooriah Abdullah said...

nampak sedap lah chef boleh try nanti