DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, November 3, 2015

AYAM BADAMI


AYAM BADAMI

Resipi Khas Hari Deepavali
 
30 biji badam direndam sampai kembang buang kulit and kisar dengan sedikit air dengan 1 cawan kelapa parut putih hingga lumat. Ketepikan

1 kg ayam,potong kecil

3 s/t serbuk chili*

1 s/t serbuk lada hitam*

1 s/t serbuk kunyit

1 cawan yoghurt*

Garam* secukup rasa

Perap ayam dengan bahan2 bertanda* selama 1/2 jam

4-5 s/m ghee atau pun minyak

3 cawan bawang besar hiris halus

2 s/m pes halia

2 s/m pes bawang putih

1 s/m serbuk garam masala

1 cawan air

1/2 cawan daun ketumbar cencang

Badam potong panjang untuk ditabur

1. Panaskan minyak dan tumis bawang sampai layu dan menjadi perang ( light brown) masukkan pes halia dan bawang putih tumis lagi sampai hilang bau halia.

2. Masuk serbuk garam masala dan kacau rata masuk ayam dan air kacau sebati dan tutup periuk. Biar ayam masak. Bila kuah sudah pekat sedikit masuk bahan kisar  kacau rata dan masak hingga naik minyak. Suaikan rasa masuk daun ketumbar dan kacau rata. Tutup api. Sedap di makan dengan chapati atau nasi.





No comments: