DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Wednesday, November 4, 2015

AYAM MASAK DAUN KARI




AYAM DAUN KARI

500 gm ayam dipotong kecil,dan perap dengan bahan tanda*selama ½ jam.

*1 s/t pes bawang putih & halia

*1 s/t serbuk kunyit

*1 s/t serbuk chili

*2 s/t serbuk ketumbar

*1 s/t garam

Bahan kisar

10 gm daun kari

40 gm kelapa parut

2 s/t jintan putih

2 s/t lada hitam

Semua bahan2 di atas digoreng tanpa minyak hingga naik wangi. Dan di kisar dengan sedikit air hingga lumat.Ketepikan

150 gm tomato,cencang

1 biji bawang besar,dihiris halus

½ cawan air

½ s/t garam

1 s/t gula

4 s/m minyak

1.    Panaskan minyak dan tumis bawang hingga menjadi perang. Masuk pes halia&bawang putih dan tumis hingga hilang bau bawang putih.

2.    Masuk tomato dan kacau rata tumis hingga tomato hancur. Masuk ayam dan kacau rata.Masuk bahan kisar,air,gula dan garam kacau rata dan masak hingga naik minyak dan kuah pekat sedikit.






1 comment:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nampak sedap sangat ayam tu.... tq sharing resepi..