DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, November 5, 2015

SOTHI AYAM



SOTHI AYAM

Resipi Khas Hari Deepavali

500 gm ayam,potong kecil

300 gm ubi kentang,dipotong 4

2 biji tomato (medium size),dipotong 4

31/2 cawan santan cair

1 cawan santan pekat

Garam secukup rasa

Sedikit daun ketumbar,cencang

Bahan kisar:

100 gm bawang merah

25 gm bawang putih

25 gm halia

1 tsp jintan putih

4 biji buah pelaga

1 batang kayu manis,ditumbuk dulu

4 kuntum bunga cengkih

1s/m + 1s/t serbuk kunyit

Kisar semua bahan di atas hingga lumat dengan sedikit air

Bahan tumis:

1 biji bawang besar,hiris halus

1 s/t biji sawi

1 s/t halba

1 s/t jintan putih

2 tangkai daun kari

3 tangkai chilie hijau

2-3 s/m minyak

1.    Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga bawang menjadi perang. Masukkan pes kisar dan kacau rata dan tumis hingga naik minyak dan hilang bau.

2.    Masuk ayam,ubi dan tomato dan kacau rata tuangkan santan cair dan kacau rata.Biarkan mendidih dan masak hingga ubi empuk dan ayam sudah masak. Tuangkan santan pekat dan garam dan kacau rata biarkan sampai mendidih. Tutup api dan tabur daun ketumbar. Hidang dengan mutu mayam atau pun nasi.





No comments: