Wednesday, July 6, 2016

LOMPAT TIKAM




LOMPAT TIKAM

(A)

100 gm tepung beras
30 gm tepung gandum
2 cawan air daun pandan,hiris 6 helai daun pandan dan blend dengan sedikit air.
2 s/m gula
¼ s/t air abu
Sedikit warna hijau

(B)

Bahan sos:

500 ml santan pekat
3 s/m tepung jagung
Garam secukup rasa

(C )

Bahan air gula:

300 gm gula merah
100 gm gula
200 ml air
2 helai daun pandan

Pulut

1 cawan pulut,rendam 2-3 jam
Sedikit warna merah dan kuning
Secubit garam
Air secukup nya

1.    Campurkan semua bahan A dan masak atas api yang kecil hingga menjadi kental. Sapu acuan kuih ayu dangan minyak dan masakkan adunan kedalam nya dan kukus hingga masak. Bila sudah sejuk baru kelaurkan isi nya.

2.    Campurkan semua bahan B dan kacau rata dan masak dengan api yang kecil hingga pekat.

3.    Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga gula larut. Tapiskan .

4.    Kukus pulut sampai masak dan bagi 2 I di warnakan merah dan satu lagi di warnakan kuning.
 






1 comment:

BrokenAngelz Angelz said...

Resepi yg sangat simple...tp cara psembahan hidangan sangat kreatif...terbaik.