DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, December 31, 2011

KEK CEMPEDAK WALNUT

KEK CEMPEDAK WALNUT

Di-ayak bersama

250gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh bikarbonat soda

250gm gula caster
250gm mentega
4 biji telur

Blend sekali

200gm isi buah cempedak
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar air

50gm walnut,cencang halus.

1. Alas dan griskan tin pembakar yang diameternya berukuran 20cm atau 22cm atau acuan lain. Panaskan ketuhar 180c.
2. Putar mentega dengan gula hingga kembang dan ringan. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan teruskan memutar adunan.
3. Masukkan campuran cempedak dan walnut putar lagi hingga sebati. Kaup dan balikkan tepung dengan camca.
4. Tuang adaunan ke dalam tin pembakar, dan bakar selama 1 jam atau sampai masak. Sejukkan.



No comments: