DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Monday, June 1, 2015

SOTHI IKAN DENGAN BENDI ( MASAK LEMAK ORANG INDIA )







SOTHI IKAN


5 ekor ikan kembung,ikut suka lah nak pakai ikan apa pun boleh.

110 gm bendi.

200 gm tomato,belah 4

500 ml (2 cawan) santan pekat

500 ml santan cair

1 s/m paste asam java,campur dengan sedikit air

3 s/m minyak

Garam secukup rasa

Bahan tumbuk:

60 gm bawang

30 gm halia

5 ulas bawang putih

11/2 s/t jintan manis

3 tangkai chili hijau,ikut suka kalau suka pedas tambah lagi
atau pun pakai chili padi. Tapi masakan ini tak boleh pedas sangat.

11/2 serbuk kunyit

Tumbuk sampai lumat semua bahan di-atas.

Bahan tumis

1 biji bawang besar,di hiris halus

2 tangkai daun kari

2-3 tangkai chili merah,dibelah 2

1 s/t biji sawi

1 s/t jintan manis

1 s/t halba

1. Panaskan minyak dan masuk bahan tumis dan tumis hingga naik wangi. Tumis sampai bawang garing.

2. Masukkan bahan tumbuk and kacau rata tumis hingga naik minyak dan hilang bau bawang putih.Tuangkan santan cair dan kacau rata masuk ikan,air asam dan garam. Biarkan sampai mendidih.

3. Bila ikan nampak masak sedikit tuangkan santan pekat dan masuk bendi dan tomato. Biarkan sampai Mendidih. Tutup api.
Saya tak suka bendi masak lama.

Selalu nya orang India suka makan sothi ini dengan putu mayam.

Nota: Jika suka boleh masuk 1 cube ikan bilis. Tapi saya tak masuk.





 


 
 



3 comments:

Amie said...

Masakan India memang best! Penggunaan rempah dalam masakan menimbulkan aroma yang mengundang selera!

Ummu Aflah said...

Sesiapa yang minat memasak try
http://amazing-tm5.blogspot.com/
pasti Terbaik

sarizasalleh said...

pertama kali check-in blog ini.sudah lama kucari-cari blog masakan india sejati bebahasa melayu.syabas, terimakasih berkongsi resepi.