Thursday, January 26, 2012

KAKI AYAM MASAK KICAP


KAKI AYAM MASAK KICAP

10 kaki ayam,buang kuku dan goreng sampai garing,rendam dalam ayer.
6 cendawan tiram,rendam semalam,potong 2
3-4 tangkai lada kering,potong 2
1 sudu besar minyak bijan
1.2 litre air campur dengan satu cube stock ayam
2cm halia,hiris
(A)
2 batang kayu kulit manis
2 kuntum bunga lawang
4 bunga cengkih
4cm kulit liguorice,kalau ada
(B)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu teh kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1-2 sudu besar gula

1. Panaskan minyak dan tumis halia dan lada kering. Masukkan A tumis hingga wangi.
2. Masukkan cendawan,kaki ayam dan B, Tuangkan air kacau rata. Biarkan mendidih.
3. Bila mendidih kecilkan api dan biar ia mereneh selama 1 jam. Selepas 1 jam bila ayer tinggal lebih
kurang 1 cawan dan kaki ayam sudah empuk. Boleh lah di-hidangkan panas2.

No comments: