DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Friday, February 24, 2012

NASI BUNGA TELANG DAN LAUK2


RENDANG AYAM INDIA

1.5 kg ayam,potong kecil,peram dengan sedikit garam dan goreng hingga perang tapi jangan sampai keras.
3 tangkai daun kari
3 batang serai,ketuk
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 tsp serbuk lada hitam
3 sudu besar tairu
1/4 cawan minyak atau secukup nya
Garam secukup rasa
Bahan kisar
250gm bawang merah
50gm bawang putih
4cm halia
2cm kunyit
2cm lengkuas
10 tangkai lada kering,buang biji dan rendam
15 tangkai chilli merah
8 biji buah keras
11/4cm belacan

1. Panaskan minyak dan masuk bahan kisar,daun kari,serai,serbuk lada hitam dan serbuk jintan manis.
2. Tumis hingga naik minyak masukkan ayam dan gaul rata .
3. Goreng hingga agak kering masukkan tairu dan kacau rata. Goreng hingga masak.



KUBIS GORENG KUNYIT

500gm kubis potong halus
20gm ikan billis atau udang kering rendam dan tumbuk kasar.
30gm kelapa parut putih
Kunyit secukup nya
Garam secukup nya
Bahan tumis (A)
1 biji bawang besar,mayang
2 tangkai cilli merah atau cilli kering
2 tangkai daun kari
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh ulutham parupu
Minyak secukup nya

1. Panaskan minyak dan tumis A hingga bawang garing dan wangi.
2. Masukkan ikan billi dan kelapa kacau rata masuk kubis dan goreng hingga masak dan kering.

SALAD TOMATO

500gm tomato,potong cube
1-2 biji bawang besar,potong
2-3 lada hijau,potong
Garam,gula dan cuka secukup rasa

Gaul semua sebati dan hidangkan







NASI BUNGA TELANG

300gm beras basmathi,rendam 1 jam dan toskan
700ml santan atau air
20 kuntum bunga telang
1 sudu besar paste bawang putih
1 sudu besar paste halia
Garam secukup rasa
Bahan tumis (A)
1 biji bawang besar,mayang
2 tangkai cilli merah
2 batang kayu kulit manis
4 kuntum cengkih
4 biji buah pelaga
Minyak secukup nya

1. Panaskan minyak dan tumis a dalam periuk elektrik yang diletak di atas api. Masuk paste hali dan bawang putih kacau rata hingga wangi.
2. Masukkan beras,garam, santan dan bunga telang kacau rata dan tutup masukkan periuk ke dalam bekas nya dan buka suis. Masak hingga masak.














No comments: