DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Monday, February 27, 2012

PUTU MAYANG TEPUNG RAGI,KARI AYAM HITAM,KUBIS GORENG



KARI AYAM HITAM

300gm daging ayam hitam,dipotong
1.250 litre santan
60gm serbuk kari daging,campur dengan sedikit air jadikan pes.
30gm serbuk chilli
3 biji ubi kentang,potong
2 biji tomato,potong
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
1 cube stock ayam,kalau suka
Garam secukup rasa
Bahan tumis
5 ulas bawang merah,mayang
2 tangkai daun kari
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bung lawang
1 batang kulit manis
5-6 sudu minyak

1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan2 tumis. Tumis hingga naik bau dan bila bawang menjadi perang. Masukkan pes halia dan bawang putih dengan sedikit air kacau hingga air kering.
2. Masukkan pes kari dan serbuk chilli kacau rata hingga naik minyak. Masukkan ubi,ayam dan tomato kacau rata. Dan tuangkan santan.
3. Biarkan ia mereneh selama 1 jam (dengan api yang kecil) atau hingga ayam dan ubi empuk.


PUTU MAYANG TEPUNG RAGI

100gm tepung beras basah campur dengan
100gm tepung ragi
1/2 sudu teh garam
400ml air panas atau secukup nya

1. Kukus tepung beras basah yang dicampur tadi selama 5-6 mint. Sejukkan
2. Campur garam dengan air panas pastikan air betul2 panas.Tuangkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan kacau sampai tepung menjadi doh yang panas.Kacau rata,sejukkan
3. Masukkan doh ke dalam acuan puttu mayam tekan keluar tepung berpusing di-atas dulang yang sapu minyak.
4. Kukus hingga masak. Hidangkan dengan kari ayam.
Nota: Resipi Putu mayang ini nampak senang tapi kalau tak pandai buat tak jadi. Tepung beras basah ia lah tepung yang kita tumbuk sendiri. Kalau guna tepung pkt tak jadi.





No comments: