DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, June 26, 2012

KURMA KACANG KUDA

KURMA KACANG KUDA

300gm kacang kuda,rendam semalam dan direbus sehigga masak,simpan air rebusannya

4 biji ubi kentang,potong cube

2 lobak merah,potong cube

2 biji tomato,potong cube

60gm serbuk kurma,dibancuh dengan sedikit air menjadi pes.

500ml air rebusan kacang

500ml santan

20gm daun pudina,cencang

20gm daun ketumbar

Garam secukup rasa

Sedikit gula untuk rasa (jangan banyak)

Bahan2 tumis
(A)
4-5 sudu besar minyak
1 biji bawang besar,hiris haluas
2-3 chili hijau
2 batang kayu kulit manis
2-3 tangkai bunga lawang
2 tangkai daun kari
(B)
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia

1. Panaskan minyak dan tumis A hingga naik wangi nya. Bila bawang menjadi perang masuk B tumis hingga hilang bau nya. Masukkan pes kurma dan tumis hingga naik minyak.

2. Masukkan semua bahan lain dan masak hingga ubi empuk. Sedap di-hidang dengan chapati atau roti.
..



No comments: