DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, May 23, 2013

KARI KAMBING -1



KARI KAMBING

1 kg daging kambing, masak
dengan pressure cooker hingga
empuk.

500 ml air rebusan daging

500 ml santan,atau air

60 gm serbuk kari daging campur dengan 20 gm serbuk cili,. Campur dengan sedikit air menjadi pes.

2 sudu makan pes halia

2 sudu maan pes bawang putih

3-4 biji ubi kentang

2 biji tomato

Garam secukup rasa

Bahan tumis

1 labu bawang besar,hiris halus

2 batang kayu kulit manis

4 bunga cengkih

4 buah pelaga

2 tangkai daun kari

6 sudu makan minyak

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga wang dan bila bawang menjadi perang masukkan pes bawang puthin dan halia. Tumis hingga hilang bau bawang putih.

2. Masukkam pes kar dengan sedikit ar tumis hingga naik minyak. Masukkan daging,ubi,tomato dan santan dan air rebusan daging kacau rata. Masak hingga ubi empuk. Hidangkan dengan nasi









 

 
 

No comments: