DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, May 30, 2013

PAJERI TERUNG (orang india)


PAJERI TERUNG

6 biji terung bulat size kecil,
Di-belah 2 dan gaul dengan garam dan goreng hingga masak. ketepikan

Air asam java secukup nya

Garam gula atau gula melaka secukup nya

2 cawan air,atau secukup nya

Minyak

Kisar dengan sedikit air

Jangan kisar lumat sangat biar kasar sedikit. Ketepikan

11/2 sudu makan bijan
1/2 cawan kacang tanah,yang dah goreng bukan mentah
1 sudu makan kelapa parut

Bahan tumis

(A)

1 biji bawang besar,hiris halus
1 tangkai cili hijau,hiris
1 batang kayu kulit manis
2 kuntum cengkih
2 buah pelaga
1/2 sudu teh biji sawi
1/4 sudu teh halba
1/2 sudu teh jintan manis
2 tangkai daun kari

(B)

1 sudu makan pes halia
1 sudu makan pes bawang putih

(C)

1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk cili

1. Panaskan minyak dan tumis A hingga bawang layu.

2. Masukkan B dengan sedikit air dan tumis hingga hilang bau halia dan bawang putih.

3. Masukkan C dengan sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.

4. Bila mendidih masukkan bahan kisar dan kacau rata. Masukkan garam ,gula dan air asam java secukup rasa. Kacau rata dan biarkan kuah masak hingga pekat dan naik minyak. Masuk terung dan kacau rata. Sedap di makan dengan nasi.
.






















 

No comments: