DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, May 12, 2013

KEK BUTTER


KEK BUTTER

115 gm butter,lembutkan

2 biji telur,gred A

75 gm gula kaster

25 gm gula kaster

100 gm tepung naik sendiri,ayak

30 ml susu UTH

1/2 sudu teh vanila

1. Panaskan oven 170c . Lapis tin 16+9cm dengan kertas lenser dengan mentega.

2. Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam bowl dan putar sehingga kembang dan tidak jatuh bila terbalikkan. Masukkan 25 gm gula sedikit demi sedikit dan putar hingga kembang. Ketepikan

3. Putar mentega dan gula hingga kembang. Masukkan vanila dan pukul lagi. Masukkan telur kuning satu demi satu terus putar. Masukkan separuh dari tepung dan putar dengan kelajuan perlahan.Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung.

4. Masukkan separuh dari telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.

5. Tuangkan batter ke dalam tin dan ratakan. bakar hingga masak.
.

 

1 comment:

Shine FS said...

WANT TO HAVE A FAIR SKIN?
INGINKAN KULIT CERAH?
CALL / SMS 6016 271 5447

- Can be applied all over the body - face, hand, leg etc.
- No exfoliation
- Organic & Halal
- Special Promotions offered