Saturday, June 15, 2013

KARI SAYUR ASAM


KARI SAYUR ASAM
Masakkan tradisional orang india. Nampak tak sedap tapi memang sedap sekali masakkan ini bila dihidangkan dengan nasi dan ikan rebus goreng. Cuba jangan tak cuba.

300 gm sayur asam
Di-timbang selepas di-petik dari batang nya.Rebus sayur dengan sedikit air. Bila air mendidih. Tutup api dan buang air nya ketepikan.

(A)

300 gm terung bulat,potong cube kecil

3 cm halia,dicencang

6 ulas bawang putih,belah 2

1 biji bawang besar,dihiris

3-4 tangkai cili hijau atau kalau nak pedas masuk cili padi,secukup rasa

               ******

2 - 11/2 cawan air

1 cawan santan pekat

30-50 gm ikan bilis,patah 2

Garam secukup rasa

Bahan tumis

1 biji bawang besar,hiris halus

3 tangkai cili kering,potong 3

1 sudu teh biji sawi

1 sudu teh ulutham parupu,jika ada

Minyak secukup nya


1. Rebus A dengan sayur asam yang telah direbus tadi hingga terung masak. Tutup aip dan biar sejuk.

2. Blend bahan rebus tadi sampai hancur ( jangan lumat sangat) ketepikan

3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga bawang menjadi perang. Masuk ikan bili dan kacau rata. Tuangkan bahan blend tadi dan kacau rata.

4. Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan api yang kecil hingga pekat tapi jangan pekat sangat. Hidangkan dengan nasi sedap berlaukan sambal ikan bilis atau sambal ikan.














5 comments:

Anonymous said...

I've been look for this recipes for quite sometimes... my fav.. btw.. where to biy daun asam?

Jaja | Pengedar Shaklee said...

Daun asam tu daun pokok mulberi ke?

Anonymous said...

Bukan, daun tu ialah daun pokok roselle. Yang kita buat jus tu, rasanya seperti ribena.
Harap membantu.

Unknown said...

The name of the leave is gongura in english. In Malay im not sure

Mama peach said...

Daun Roselle dgn daun asam sebenarnya Tak sama.ramai yang keliru.daun asam ada buah juga tapi x sebesar roselle.tak tau la efek kt kesihatan.hakikatnya memang 2 pokok yg berbeza.saya ada tanam,pokok Roselle dgn pokok daun asam.saya x pernah guna daun Roselle dlm masakan.saya ambil buah sahaja.