DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Monday, September 2, 2013

NASI SAYUR BAYAM



NASI SAYUR BAYAM

400 gm beras basmathi,rendam 1/2 jam and tuskan

250 gm sayur bayam,cencang halus

300 gm tomato,cencang

2 tangkai cili hijau,hiris

1 biji bawang besar,hiris halus

1 sudu makan pes halia

1 sudu makan pes bawang putih

1 sudu teh serbuk kunyit

1/2 sudu teh serbuk garam masala

1/2 sudu makan gula

1 cube ayam,jika suka

4 kuntum bunga cengkih

4 biji buah pelaga

2 batang kulit kayu manis

5 sudu makan minyak sapi atau minyak

4 cawan santan

Garam secukup rasa

Gajus goreng untuk di tabur

 
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bunga cengkih,buah pelaga dan kayu kulit manis. Masukkan bawang dan tumis hingga menjadi perang. Masukkan cili hijau,pes bawang putih dan halia. Tumis hingga hilang bau halia dan naik minyak.

2. Masukkan tomato,serbuk kunyit,garam masala ,garam,gula dan cube ayam jika guna. Kacau rata dan masak hingga naik minyak.

3. Masukkan beras dan kacau rata. Masukkan sayur bayam dan kacau rata. Dan masukkan ke dalam periuk rice cooker. Dan tuang kan santan. Kacau rata dan masak hingga nasi masak. Taburkan gajus atas nasi. Dan hidangkan.

Raita Mayonis

1 cawan mayonis

1 tangkai cili merah,hiris

1 biji bawang besar,hiris

Campurkan semua sampai sebati.







 

No comments: