DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, September 14, 2013

SOTHI KANGKUNG


SOTHI KANGKUNG


250 gm kangkung

20 gm ikan bilis

150 gm tomato,dicincang

1 cawan air

1 litre santan

1 sudu teh serbuk kunyit

Garam secukup rasa

Bahan tumis

1 biji bawang besar,hiris halus

4 ulas bawang putih, dicincang

2 cm halia,dicincang

2-3 cili merah atau cili hijau atau pun cili kering,potong

1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh biji sawi

1 sudu teh ulutham parupu,jika ada

2- 3 sudu makan minyak

1. Panaskan minyak dan tumis jintan,biji sawi,ulutham parupu,cili,bawang,bawang putih dan halia hingga bawang menjadi perang.

2. Masukkan ikan bilis dan kacau rata masuk tomato dan kunyit kacau rata. Kacau hingga naik minyak . Masukkan air dan biarkan sampai mendidih.

3. Masuk kangkung dan kacau rata dan masuk santan. Biarkan mendidih. Boleh di hidangkan bersama nasi.  Saya tak suka masak sayur lama.







No comments: