DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, September 12, 2013

KARI KACANG HIJAU DENGAN LABU AIR

 
 
 
KARI KACANG HIJAU
 
 
 

1 cawan kacang hijau tanpa kulit,
Di goreng tanpa minyak hingga perang. Rendam
1-2 jam sampai kembang. Rebus dengan  4 cawan air bersama
2 tangkai cili hijau,potong, 6 ulas bawang putih,potong 2, 2 cm halia tumbuk kasar dan 1/2 sudu makan jintan manis. Masak hingga kacang hanchur. Jika tak cukup air tambah air lagi. Saya pakai pressure cooker.
 
500 gm labu air,buang kulit dan potong cube.
 
200 gm tomato,potong cube
 
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
 
1 sudu teh serbuk cili
 
1 sudu teh serbuk kunyit
 
3 cawan air,atau secukup nya
 
1 cawan santan pekat
 
Garam secukup rasa
 
Bahan tumis
 
1 biji bawang besar,hiris halus
 
3 tangkai cili kering.potong
 
2 tangkai  daun kari
 
1 sudu teh biji sawi
 
1 sudu teh ulutham parupu.jika ada
 
4 sudu makan minyak
 
 
1. Bila kacang sudah hancur masak air,tomato,serbuk jintan dan labu kacau rata dan biarkan mendidih. Masuk santan dan garam kacau rata.
 
2 Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumis bawang,chili,biji sawi,daun kari dan ulutham paruppu hingga bawang menjadi perang. Masukkan serbuk chili dan serbuk kunyit dan kacau rata dan terus tuang ke dalam kari kacang . Kacau rata dan mereneh hingga labu empuk .
 
 
 
 
 
 
 
 
 




No comments: