DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Monday, April 14, 2014

MASALA VADAI KACANG HIJAU


VADAI KACANG HIJAU

1 cawan kacang hijau tanpa kulit,rendam
4-5 jam

1 sudu teh jintan manis

2 cm halia

1 cawan ubi kentang,rebus sampai,empuk,buang kulit dan lecek tapi jangan sampai lembik

1 sudu tepung gandum

1 sudu teh baking powder

1 biji bawang besar,hiris halus

2 tangkai chili hijau,hiris halus

1 tangkai daun kari,hiris halus

3 tangkai daun ketumbar,hiris halus

1 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh jintan putih

Garam secukup rasa

Minyak untuk mengoreng

1. Blend kacang hijau,halia dan jintan manis dengan sedikit air menjadi pes. Jangan cair sangat nanti tak boleh bentuk.

2. Campurkan dengan semua bahan lain. Kacau rata. Panaskan minyak. Ambil sedikit adunan dan bentuk macam vadai dan masuk ke dalam minyak. Tangan kena basah baru boleh bentuk. Goreng sampai masak. Toskan atas kertas. Boleh di hidang dengan sos chili. Selamat mencuba











 

2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wahhh... nampak begitu sedapp... boleh cuba ni one day.. tq for the nice recipe..

Rosdi Eunos said...

memang nampak menyelerakan... there's this girl named Jay yang selalu buatkan I this vadai when we're working in an Architect Firm. Biasanya kalau nasi sejuk ada balance in her kitchen, dia akan buatkan.. and it's always amazes me whenever makan vadai, at least I kena makan 3 keping baru puas.. hehe