DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, April 12, 2014

TERUNG MASAK KERSIK


TERUNG MASAK KERSIK

500 gm terung bulat,potong

20 gm asam java,diperah dengan 11/2 cawan air dan tapis

2 sudu makan gula

Garam secukup rasa

Sedikit sebuk perasa,jika suka

Minyak

Untuk di-kisar lumat

80 gm kelapa parut,disangai

20 gm gajus

5 ulas bawang merah

2 sudu makan serbuk ketumbar

1 sudu makan serbuk cili

1 sudu the jintan putih

Bahan2 tumis:

A

1 sudu teh biji sawi

1  batang kayu kulit manis

2 kuntum bunga lawang

1 tangkai daun kari

B

1 biji bawang besar

C

4 ulas bawang putih,tumbuk lumat

2 cm halia,tumbuk lumat


1. Panaskan minyak dan masukan A tumis sebentar,masuk B tumis sampai nak perang. Masuk C tumis hingga hilang bau halia dan bawang putih.

2. Masukkan pes kisar dan kacau rata,tuangkan air asam dan kacau rata. Masukkan terung,garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api dan tutup kuali  kacau sekali sekala sampai kuah kering sedikit dan terung masak.












 

No comments: