PUDDING ROTI CARAMEL
1/4 cawan gula
1/4 cawan air
Tin bulat 20cm
Panaskan gula dan air dalam tin hingga menjadi kuning. Goncangkan tin untuk meratakan gula caramel. Biarkan sejuk
6 keping roti
3 cawan susu cair
1 cawan air
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar vanilla
6 biji telur
Buah cerry untuk hiasan
Blend semua bahan di atas kecuali telur. Se hingga sebati. Masukkan telur dan kacau perlahan-lahan. Tapis dan campurkan vanilla. Tuangkan ke dalam tin caramel tadi. Masuk ke dalam tin yang agak besar dan isikan dengan air panas. Masuk ke dalam oven dan bakar dengan suhu 160 selama sejam atau pun sampai masak.
No comments:
Post a Comment