DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Friday, April 22, 2016

KARI MUNGGAI IKAN BILIS




KARI MUNGGAI IKAN BILIS

350 gm munggai,dipotong

300 gm ubi kentang,dipotong

60 gm ikan bilis

50 gm asam java,diramas dengan sedikit air dan tapis

1 cawan santan

31/2 cawan air

60 gm serbuk kari ikan

Garam secukup rasa

Bahan tumis:

¼  cawan minyak

1 biji bawang besar,dihiris nipis

6 ulas bawang putih

1 s/t halba

3 tangkai daun kari

1. Panaskan minyak dan masuk halba kacau dan masuk bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga bawang menjadi sedikit perang.

2. Masukkan daun kari dan serbuk kari kacau rata dan tuangkan sedikit air dan tumis hingga naik minyak.

3. Masukkan semua bahan lain kecuali garam dan kacau rata.Dan biarkan mendidih dan masak hingga sayur masak dengan api yang kecil. Suaikan rasa dan masuk garam. Hidangkan dengan nasi.

Nota: kalau nak sedap lagi campurkan dengan telur rebus dalam 6 biji.





2 comments:

Nooriah Abdullah said...

sedapnya chef dah lama kaknoor takmakan munggai ni

Rosdi Eunos said...

ni favourite arwah ayah saya...
sekarang ni susah nak dpt kecuali pergi ke pasar pasar utama