DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, June 9, 2015

LABU AIR MASAK DAL (KOOTU)



LABU AIR MASAK DAL

1/2 cawan kacang dal,direndam sampai kembang.

5 ulas bawang putih.

1 s/t jintan manis

2 cm halia,tumbuk kasar

2 tangkai chili hijau,potong

1/2 s/t serbuk kunyit

3 cawan air

Campur semua bahan diatas dan pressure cook sampai dal betul2 embuk. Kalau tak ada pressure cooker rebus sampai dal empuk. Tambah air kalau tak cukup. Ketepikan

300 gm labu air buang kulit dan biji nya potong ikut suka kita lah.Boleh di ganti dengan sayur lain.Tapi sayur mesti di potong kecil2 jangan potong besar2.

1 biji tomato,cengcang

1 cawan santan pekat

1 s/t serbuk jintan manis

Garam secukup rasa

1/4 s/t gula,jangan banyak

Bahan tumis

1 biji bawang besar,dihiris halus

4 tangkai lada kering,potong

2 tangkai daun kari

1 s/t biji sawi

3 s/m minyak

1. Panaskan minyak dan masuk bahan tumis dan tumis hingga naik Wangi. Bila bawang garing sedikit masuk labu dan tomato kacau rata.

2. Masukkan dal rebus tadi dengan santan dan serbuk jintan. kalau rasa kering sangat tambah sedikit air.(kootu ini dia tak boleh cair macam kari dal )
 Kacau rata dan biarkan mendidih. Last masuk garam dan gula secukup rasa. Bila sayuk embuk tutup api.

3. Sedap di hidang dengan ikan goreng,ikan masin dan sambal belacan. Kootu ini dia pekat sedikit.









 

No comments: