DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, July 19, 2015

DALCA TELUR



DALCA TELUR
 
1 cawan toor dhall* ,direndam semalam atau lebih kurang 4 jam di rebus pakai pressure cooker sampai empuk dengan 21/2 cawan air,2cm halia tumbuk,6 ulas bawang putih dan 1 s/m jintan manis.
 
10 biji telur di-rebus dan buang kulit,boleh juga kalau nak goreng. Saya malas tak goreng.
 
5-6 tangkai kacang panjang
 
4 biji ubi kentang,saya pakai yang kecil
 
2 batang carrot
 
1-2 biji terung bulat, saya tak pakai pasal tak ada
 
3-4 chili hijau
 
8 cawan santan cair atau pun air (cawan 250ml)
 
1 cawan santan pekat
 
1 s/m air asam java
 
Garam secukup rasa & serbuk perasa jika suka
 
Bahan tumis:
 
(A)
 
1 biji bawang besar ( memang besar pun) di hiris halus
 
2 tangkai daun kari
 
3 kuntum bunga cengkih & buah pelage
 
2 batang kayu manis
 
(B)
 
11/2 s/m serbuk kari daging
 
1 s/t serbuk chili
 
1/2 s/t serbuk kunyit
 
1 s/t serbuk garam masal,jika ada
 
1/3 cawan minyak,boleh kurangkan
 
1. Campurkan air dengan kacang dal tadi dan masak hingga mendidh. Masukkan sayur2 ( saya masuk kacang panjang lepas ubi masak pasal nak cantik dalam gambar hehe ) masak hingga sayur masak.
 
2. Tuangkan santan pekatdan masukkan garam dan air asam java. Biarkan mendidh. Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumis bahan A hingga bawang menjadi perang. Tutup api dan masuk bahan B kacau dan tuang ke dalam kuah dal. Masukkan telur dan masak hingga sebati.
 
* Ini nak bagi tahu banyak orang melayu tak tahu yang dhall ada 4 macam  1 dipanggil
 
kadalai paruppu ini di guna untuk membuat vadai  dan kuih2 orang india. Paruppu ini
 
 orangtak masak kari pasal dia lepas di rebus pun keras. 2 Paruppu Australia yang ini boleh
 
 masak kari. 3 toor paruppu ini pun boleh di masak kari ( saya guna yang ini). 4 mysore
 
 dhall warna orange ini pun boleh di masak kari dhall. 
 
You pakai jer lah dhall yang you orang pakai selalu.
 



 
 
 

3 comments:

Kjee said...

Thank You Chef info pasal dhall. Kjee selalu beli yang Australian Dhall. Masuk pressure cooker sekejap sahaja. Tak pernah try buat dhall letak telor. Must try this.

Thyaga Rajan said...

Thank you kjee. just nak bagi tahu jer. You try this very nice ( my boss yang cakap ) ha ha

Shanthi Muniandy said...

Looks very yummy..must try