DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, August 16, 2015

RAJMA SADAM ( NASI KACANG MERAH )



NASI KACANG MERAH ( RAJMA SADAM )
 
200 gm kacang merah (kidney beans) direndam semalam dan rebus atau pun pakai pressure cooker hingga 1/2 masak. Simpan air rebusan sebanyak 11/2 cawan
 
2 cawan beras basmathi,direndam dan di toskan
 
2 cawan santan cair
 
11/2 cawan air rebusan kacang merah
 
2 biji bawang besar,dihiris halus
 
2-3 tangkai chili hijau,dibelah
 
2 biji buah tomato,dicencang
 
1 s/t serbuk garam masala
 
2 s/m pes halia/ bawang putih
 
3-4 s/m minyak atau pun minyak sapi
 
Daun ketumbar untuk di tabur
 
Garam dan sedikit gula  secukup rasa
 
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga menjadi perang. Masukkan pes halia/bawang putih dan chili hijau tumis hingga hilang bau bawang putih dan halia.
 
2. Masukkan tomato dan serbuk garam masal dan tumis lagi hingga naik minyak. Masuk semua bahan2 lain dan kacau rata. Dan masak dengan periuk nasi electric sampai masak. Hidang dengan raita.
 
Nota: Bagi selera orang melayu boleh di tambah dengan 1 cube ayam ,300 gm daging ayam. Sedap juga bila dimakan dengan lauk ayam. Selamat mencuba.
 
 
 


No comments: