DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, September 22, 2015

SAMBAR KUBIS





KARI DHAL CAMPUR KUBIS

1 cawan dhal,direndam sampai kembang dan masak dengan pressure cooker dengan 21/2 cawan air,1 s/m jintan putih,6 ulas bawang putih,2 cm halia tumbuk dan 2 tangkai chilie hijau. Sampai betul2 empuk.ketepikan

500 gm kubis,potong 

150 gm carrot,buang kulit dan potong nipis

200 gm tomato,dipotong 4

2 tangkai chilie hijau,dibelah 2

4 cawan santan (jangan pekat sangat)

Garam secukup rasa

Bahan tumis:

¼ cawan minyak

1 bawang besar,dihiris nipis*

3 tangkai chilie kering,dipotong dua*

3 tangkai daun kari*

1 s/t biji sawi*

1 s/t ulutham parupu*

1 s/t serbuk chilie

1 s/t serbuk kunyit

1 s/t serbuk jintan putih

1.     Campur santan dan dhal dan kacau sebati ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan tanda* hingga bawang menjadi perang. Kecilkan api dan masuk bahan2 serbuk kacau rata dan masuk tomato dan chilie hijau kacau dan tuangkan kacang dhal kacau sebati.

2.     Masukkan sayur dan kacau dan biarkan sampai mendidih dan bila sayur sudah masak. Tutupkan api.

Nota: Kubis boleh diganti dengan sayur lain seperti kacang buncis atau pun labu air. Sedap di hidang dengan sambal ikan bilis atau pun apa2 sambal.







No comments: