DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, September 29, 2015

CHETINAD VELAI PANIYARAM






CHETINAD VELAI PANIYARAM

Ini masakkan traditional kaum chetti dari India, Jarang orang india di Malaysia masak masakkan ini. Resipi Nampak mudah tapi kena pandai juga buat kalau tak betul cara membuat nya dia akan berminyak dan keras. Saya sendiri pun buat banyak  kali baru jadi.

200 gm beras ( saya guna beras hancur)

40 gm ulutham parupu (urad dhal)

Garam secukup rasa

¼ cawan air  atau pun secukup nya

Minyak untuk goreng

1.     Campurkan beras dan ulutham parupu  dan rendam selama 4 jam.

2.     Tapis dan masuk bahan rendam kedalam blender dan blend dengan air sedikit demi sedikit ( jangan masuk semua air beras tidak akan lumat ) sampai betul2 lumat. Adunan tidak boleh terlalu cair atau pun pekat.

3.     Campurkan garam.  Panaskan minyak jangan banyak sangat  dan tak boleh panaskan sangat just medium heat jer.

4.     Ambil satu sudu bulat (see picture) tak boleh pakai sudu lain. Tuangkan satu sudu adunan kedalam minyak biarkan dia  timbul di permukaan minyak terbalik dan terus angkat dia tak boleh masak lama. Bila Nampak kuih yang first kita buat tu keras dan berminyak then kena masuk sedikit lagi air.Toskan di atas keras minyak. Sedap di makan dengan sambal ikan bilis atau pun apa2 chutney. Selamat memcuba..

Nota: Tengok youtube cara membuat nya.https://www.youtube.com/watch?v=KyvEgDHDVkM