DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, December 13, 2015

KARI DAGING KAMBING




KARI DAGING KAMBING

1 kg daging kambing,di rebus dengan pressure cooker hingga ½ masak dengan sedikit garam dan 21/2 cawan air

200 gm tomato,dibelah 4

250 gm ubi kentang,dibelah 4

60 gm serbuk kari daging*

1 s/t serbuk chilie*

1 s/t serbuk jintan putih*

1 s/t serbuk ketumbar*

1 s/t serbuk garam masala*

2 s/m pes halia bawang putih

4 cawan air

Garam secukup rasa

Daun ketumbar

Bahan tumis:

1 bawang besar,di hiris halus

2 batang kayu manis

2 kuntum bunga lawang

2-3 tangkai daun kari

3-4 s/m minyak






1.    Panaskan minyak dan masuk kayu manis dan bunga lawang dan tumis masuk bawang dan tumis hingga menjadi perang masuk daun kari dan pes halia/bawang putih dan tumis hingga hilang bau halia.

2.    Masukkan bahan serbuk bertanda* dengan sedikit air dan tumis hingga naik minyak. Masukkan daging yang telah di rebus dengan air nya sekali. Masukkan air,ubi,garam dan tomato dan kacau rata. Masak hingga daging menjadi empuk dan kari menjadi pekat. Hidangkan dengan nasi atau pun roti.






2 comments:

Amie said...

Mmm... masakan yang sedap! Cicah dengan roti, dan tentu daging tu terasa lembut!

Thyaga Rajan said...

memang lembut pun daging...thank you amie