DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, December 13, 2015

SAMBAL IKAN BILLIS TERUNG





SAMBAL TERUNG IKAN BILIS

400 gm terung,ikut hati awak lah saerah nak terung panjang ker atau pun terung bulat. Potong dan goreng ketepikan

50 gm ikan bilis,digoreng dan ketepikan

1 s/m jus asam java,atau secukup rasa.

2 biji bawang besar,dipotong

2 tangkai daun kari

½ cawan santan pekat

1 s/t biji sawi

3-4 s/m minyak

Garam dan sedikit pak aji
Bahan kisar

15 tangkai chili kering,direndam

50 gm bawang merah

2 ulas bawang putih

1 s/t serbuk chili

20-30 gm ikan bilis,direndam, Bila kisar tu masuk ikan bilis last dan kisar biar kasar.

1.    Panaskan minyak dan tumis bawang,biji sawi dan daun kari hingga wangi.
2.    Masuk bahan kisar dan kacau rata masuk sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
3.    Tuangkan santan dan air asam dan kacau rata biarkan sampai naik minyak . Rasa dulu sebelum masak garam dan serbuk perasa. Masukkan terung dan ikan bilis goreng kacau rata. Dan tutup api. Hidangkan dengan nasi panas.





No comments: