DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, December 22, 2015

CHUTNEY KELAPA




CHUTNEY KELAPA

125 gm kelapa parut putih

¼ cawan (20 gm) potukadalai atau pun gajus

5 ulas bawang merah,potong

2 ulas bawang putih

100 gm tomato,cencang

5-6 tangkai chilie kering,buang biji nya

2 cm halia,cencang

Sedikit air suam

1 s/m garam

1 s/m gula

Bahan tumis (A)

2-3 s/m minyak

½ s/t biji sawi

½ s/t ulutham paruppu

2-3 tangkai daun kari

Bahan tumis (B)

2-3 s/m minyak

1 s/t biji sawi

1 s/t ulutham paruppu

2 tangkai chili kering

2 tangkai daun kari




1.    Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis (A) sampai wangi. Masukkan bawang,bawang puith dan halia tumis hingga bawang menjadi layu. Masukkan semua bahan2 lain dan tumis hingga naik wangi. Sejukkan sebelum kisar.

2.    Kisar semua bahan tumis hingga lumat dengan air. Air tu masuk sedikit demi sedikit. Jika suka pekat kisar dengan sedikit air kalau suka cair kisar dengan air secukup nya. Selepas kisar tuang kedalam mangkuk.
3.    Panaskan minyak dan tumis bahan tumis(B) hingga naik wangi tuang kedalam chutney dan kacau rata. Boleh di hidangkan.

Note: ini resipi chutney merah. Untuk chutney putih Tomato di gantikan dengan sedikit asam java dan chilie kering digantikan dengan chilie hijau.








No comments: