DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Monday, February 29, 2016

NASI ULAM




NASI ULAM


400 gm nasi


2-3 s/t lada hitam


6 ulas bawang merah,di- hiris halus


300 gm isi ikan kering kurau atau pun ikan talang,di –goreng dan di hancurkan


4-5 s/b kerisik


16 tangkai daun kesum,di-hiris halus


2 tangkai duan ulam raja,di-hiris halus


4 tangkai daun kaduk,di-hiris halus


1 kuntum bunga kantan,di-hiris halus


1 batang serai,ditumbuk halus


3-4 tangkai chilie padi,dipotong,jika suka


Air limau nipis secukup rasa.


Garam dan sedikit gula.


1.    Gaul isi ikan dengan lada hitam,kerisik,serai,garam,gula,chilie padi jika guna dan air limau hingga rata.


2.    Isikan nasi dalam mangkuk gaul dengan campuran ikan dan semua ulam2 hingga rata dan sebati. Suaikan rasa.


3.    Isi dalam pinggan dan hias dengan bunga kantan dan kerisik.




No comments: