DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, February 21, 2016

KOOTU KACANG BUNCIS




KOOTU KACANG BUNCIS

500 gm kacang buncis,dipotong kecil

¾ gm kacang dhall, direndam sampai kembang dan dipressure cook sampai betul2 empuk dengan 11/2 cawan,1 s/t jintan putih,2cm halia,cencang dan 5 ulas bawang putih.Ketepikan

1 biji tomato,dicencang

11/2 cawan air

½  cawan santan pekat

1 s/t serbuk jintan putih

½ s/t serbuk kunyit

1 s/t gula

Garam secukup rasa

Bahan tumis

1 s/t jintan putih*

1 s/t ulutham paruppu*

1 s/t biji sawi*

4 tangkai chilie kering,dipotong

2 tangkai daun kari

2 s/m minyak

1.    Panaskan minyak dan masuk bahan2* kacau rata. Masuk bawang,daun kari dan lada kering tumis hingga bawang menjadi perang.

2.    Kecilkan api dan masuk serbuk jintan putih dan serbuk kunyit kacau rata dan masuk tomato dan kacau rata masak sebentar. Masuk kacang dan kacau rata.

3.    Tuangkan kacang dhall,air dan santan kacau rata dan biarkan mendidih dan masak hingga kacang empuk. Masuk garam dan gula secukup rasa. Hidangkan dengan nasi.

Nota: Kacang boleh digantikan dengan sayur lain.





No comments: