DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, August 7, 2016

LABU KUNING MASAK KOOTU



LABU KUNING MASAK KOOTU

500 gm labu kuning,dipotong cube jangan buang kulit.

½ cawan kacang hijau tanpa kulit,disangai hingga menjadi sedikit perang.

2 cm halia,ditumbuk kasar

4 ulas bawang putih,dibelah 2

3 tangkai chilie hijau

2 cawan air

1 biji buah tomato,dicencang

Garam dan sedikit gula

Bahan kisar

1 cawan kelapa parut

1 s/m jintan putih

½ s/t jintan manis

1 s/t serbuk kunyit

Kisar sampai lumat

Bahan tumis

1 biji bawang besar,dihiris halus

4 tangkai chilie kering,dipotong

1 s/t biji sawi

1 s/t ulutham paruppu

2-3 tangkai daun kari

½ s/t asafetida

3-4 s/m minyak

1.    Masukkan kacang,halia,bawang putih, chilie hijau dan 2 cawan air ke dalam periuk pressure cooker dan masak sampai 2 whistle.

2.    Masukkan kacang yang sudah direbus tadi kedalam periuk lain dan tuangkan 2 cawan air dan masukkan labu masak hingga mendidih.

3.    Masukkan bahan kisar dan buah tomato masak dengan api yang kecil.

4.    Dalam kuali lain panaskan minyak dan masuk bahan tumis kecuali asafetida. Tumis hingga bawang menjadi sedikit perang. Masukkan asafetida kacau rata dan tuangkan kedalam labu. Kacau rata.

5.    Masukkan garam dan gula dan masak hingga labu empuk. Sedap di makan dengan nasi berlaukan ikan kering.





2 comments:

Nooriah Abdullah said...

namapk macam sedap lah chef, tapi bahan nya ada yg tak tau lah

Thyaga Rajan said...

Ulutham parupu tu kacang yang selalu kita buat vadai, asafoeatda tu inggu ada jual di kedai runcit india...