DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, September 8, 2016

PISANG GORENG MASALA




PISANG GORENG MASALA

500 gm pisang kari,saya tak tahu nama pisang ini tengok gambar dibawa ya. Kalau buat dengan pisang lain dia tak sedap.Buang kulit nya tapi kena buang yang hijau tu jer jangan buang banyak pulak. Terus masuk dalam air kalau tidak dia akan menjadi hitam. Potong nipis2 dan terus masuk kedalam air.

11/2 s/m serbuk chilie

½ s/m serbuk kunyit

Garam secukup rasa

Daun kari secukup nya

Minyak untuk goreng

1.    Panaskan minyak. Tapiskan air dan gaul sebati gaul pisang dengan serbuk kari,serbuk kunyit dan garam gaul sebati.

2.    Masuk pisang kedalam minyak dan goreng. Jangan masuk banyak2 nanti dia tak garing.  Goreng hingga garing. Last sekali goreng daun kari  dan campur. Bila dah sejuk  boleh lah simpan di dalam bekas ketap udara. Kita orang india suka makan dengan nasi sebagai lauk.














No comments: