DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Wednesday, September 21, 2016

PAAL KOZHUKATTAI ( badak berendam )




PAAL KOZHUKATTAI ( badak berendam )


Resipi saya dari Majallah SAJI



21/2  cawan susu segar


1/2 cawan santan pekat


½ cawan gula,atau secukup rasa sendiri


¼ sudu teh garam


1 sudu teh serbuk buah pelaga


½ sudu makan tepung jagung,campurkan dengan sedikit air


1 cawan tepung beras


Air panas mendidih secukup nya


Sedikit koma-koma untuk di tabur


1.    Masukkan tepung beras kedalam mangkuk dan tuangkan air mendidih ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil kacau hingga menjadi doh yang pekat dan panas. Biarkan sejuk.


2.    Bila doh sudah sejuk sapu tangan dengan sedikit minyak uli sampai sebati dan ambil 1 sudu teh doh dan golekkannya supaya menjadi bulat. Ketepikan.Kukus bebola selama 2 mint.Ketepikan


3.    Panaskan susu segar dan santan dengan api yang kecil. Bila mendidih masukkan gula,garam dan serbuk pelage kacau rata. Tuangkan campur tepung jagung dan kacau rata bila susu menjadi pekat sedikit masuk bebola tepung beras dan kacau rata tutup api. Tabur koma koma. Boleh di hidang panas atau pun sejuk.

















3 comments:

Diana Rashid said...

Koma-koma tu ada jual di mana ye?kedai runcit biasa ada tak?berapa hrganya

Diana Rashid said...

Koma-koma tu ada jual di mana ye?kedai runcit biasa ada tak?berapa hrganya

Balinese said...

menarik sekali tampilannya.. sepertinya enak buat dimakan... Makasih <a href="http://www.baliwallpaper.com/> untuk</a/>infonya...