Saturday, December 31, 2016

BOONDI LADOO



BOONDI LADOO

500 gm tepung kacang kuda

¼ cawan tepung beras

¼ s/t soda bicarbonate

¼ warna kuning

11/2 s/m ghee

2 cawan air,atau secukup nya.

Minyak untuk mengoreng

1 sudu besar yang berlubang kecil2

Bahan2 sampingan:

60 gm gajus,digoreng dan potong kecil2

60 gm kismis,dipotong kecil

1 s/t serbuk buah pelaga

6 kuntum bunga cengkih,ditumbuk

1.    Campur dan ayak bahan kering,masuk dalam mangkuk

2.    Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau menjadi batter yang tak cair tak pekat. Masuk ghee dan warna kacau rata.

3.    Panaskan minyak,pegang sudu berlubang 3-4 inci di atas paras minyak. Tuang adunan ke atas sudu berlubang.

4.    Adunan akan meleleh dengan sendiri nya kedalam lubang sudu dan menjadi ia seperti titisan,titisan adunan ini akan kembang bulat kecil2.

5.    Bila warna bertukar keemasan dan agak ranggup,keluarkan dan tapiskan minyak dengan kertas tissue. Buat semua sampai habis. Ketepikan.

Untuk sirup gula:

750 gm gula

2 cawan air

1.    Campurkan gula dan air dalam kuali masak hingga gula cair dan masak hingga menjadi sirup masak dengan api yang kecil.

2.    Sediakan satu piring kecil dengan sedikit air. Titiskan sedikit air sirup kedalam air jika sirup menjadi bola dan tak cair dalam air.

3.    Tutup api dan masukkan boondi yang telah digoreng tadi dengan bahan sampingan kacau rata dan biarkan suam.

4.    Sapu tangan dengan sedikit minyak sapi dan ambil sedikit adunan dan bentukan bulat2 dengan kemas. Dan biarkan sejuk.
















No comments: