DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, April 16, 2017

KEK BUAH KURMA



KEK BUAH KURMA

500 gm buah kurma,dibuang biji nya dan potong.

50 gm gajus, dicencang kasar

1 cawan air panas

1 s/t soda bikarbonat

250 gm tepung superfine*

2 s/t baking powder*

200 gm gula caster

250 gm mentega

4 biji telur

1 s/t essences badam

1s/t essences  rose

50 gm gajus 

Sedikit ceri merah and hijau untuk hiasan.

Ayak bahan * bersama.

1.    Campurkan buah kurma dan buah gajus dan tuang air panas dan biar 4 jam. Campur sebati dengan soda bikarbonat dan ketepikan

2.    Alaskan dasar tin kek dengan kertas minyak yang digriskan. Tabor dengan sedikit tepung. Panaskan oven 180c.

3.    Pukul  gula dan mentega sehingga  ringan dan gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul nya.

4.    Masukkan tepung sedikit demi sedkit kedalam campuran mentega kacau rata. dan masuk buah kurma sedikit demi sedikit dan gaul rata masuk essences kacau sebati.

5.    Tuangkan adunan dan atur buah ceri dan gajus diatas nya. Masuk kedalam oven dan bakar 1 jam atau pun hingga masak.sejuk baru potong.