DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, April 23, 2017

PAAL KOVA



PAAL KOVA

Nota: Nak buat kuih ini kena pandai masak gula tu kalau tak pandai jangan cuba mesti tak jadi.

300 gm tepung susu,disangai sebentar dan ketepikan

400 gm gula

1 cawan air

½ cawan serbuk kacang badam

11/2 s/m ghee

Badam cencang dan koma2 untuk hiasan

Loyang disapu dengan sedikit ghee

1.    Masukkan gula kedalam kuali dan tuangkan 1 cawan air dan masak hingga gula larut dan mendidih.  Sediakkan pinggan kecil dengan sedikit air. Ambil sedikit air gula dan titik kedalam air jika gula tak cair dalam air itu bermakna gula sudah siap.

2.    Kecilkan api dan masuk tepung susu sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Masuk serbuk badam dan ghee dan  kacau hingga pekat. Tuangkan kedalam Loyang dan ratakan. Bila sudah sejuk sedikit boleh lah potong dan hiasankan dengan koma2 dan badam cencang.

Resipi asal dari Puan G.Rukumani,Kuala kedah.





No comments: