DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, October 7, 2017

AYAM PARATHE DENGAN KACANG PANJANG



AYAM PARATHE DENGAN KACANG PANJANG

Dalam gambar ayam parathe ini saya guna ayam vegetarian pasal masakkan vegetarian tapi dalam recipe ini saya ganti daging ayam

300 gm isi ayam. Dipotong kecil2

200 gm kacang panjang,dipotong 

1 labu bawang besar,dipotong halus

2 tangkai daun kari

2 s/m pes halia bawang putih*

¼ cawan santan pekat

11/2 cawan air

Sedikit jus asam java

Garam secukup rasa

¼ cawan minyak

Serbuk masala

1 s/m serbuk ketumbar

2 s/m serbuk chilie

1 s/t serbuk garam masala

1 s/t serbuk jintan putih

1 s/t serbuk jntan manis

½ s/t serbuk kunyit

*kisar bawang putih dengan halia

1.    Panaskan minyak dan tumis bawang hingga menjadi sedikit perang. Masakkan pes halia bawang putih dan tumis hingga hingga hilang bau halia bawang putih

2.    Masukkan daun kari dan bahan serbuk kacau dan tuangkan ½ cawan air dan tumis hingga naik minyak.masukkan ayam dan kacau rata.masak sampai naik minyak.

3.    Masukkan kacang,air,santan,air asam dan garam kacau rata dan masak hingga sedikit kering.




No comments: