DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, October 28, 2017

UPAMA BERAS



UPAM BERAS

200 gm beras,rendam 10 mint lepas tu tapis dan keringkan sedikit. Kisar  menjadi tepung tapi kasar ( ini kena pandai tak boleh kisar halus) . Ketepikan.

100 gm kelapa parut putih.

1 biji bawang besar,dipotong halus.

1cm halia,dicencang 

50ml minyak*

2 s/t minyak kelapa*

2 s/t ghee*

11/2 s/t kadalai paruppu

1 s/t biji sawi

11/2 s/t ulutham paruppu

2 tangkai daun kari

½ s/t serbuk asafetida

2 tangkai chilie kering,dipotong

2 tangkai chilie hijau,dipotong

Garam secukup rasa

Sedikit gula jika suka

550ml air

1.    Panaskan minyak dalam periuk pressure cooker dan masuk bahan * tumis sebentar. Masuk bawang,halia,chilie kering,chilie hijau dan daun kari. Bila bawang menjadi sedikit perang masuk kelapa dan serbuk asafetida kacau sebati.

2.    Dan tuangkan air and kacau rata. Bila air mendidih masukkan garam dan gula kacau rata dan masukkan tepung beras sedikit demi sedikit dan kacau selalu sampai sebati.

3.    Tutup periuk pressure cooker dan masak hingga satu whistle buka periuk selapas 15 mint. Kacau rata dan hidangkan dengan the atau kopi panas.








No comments: