Tuesday, January 9, 2018

BUNGA JANTUNG PISANG GORENG RANGUP



BUNGA JANTUNG PISANG GORENG RANGUP

100 gm bunga pisang,buang yang dua benda tu ( macam dalam gambar tu) basuh dan keringkan.

½ cawan tepung kacang kuda

½ cawan tepung beras

1 s/t jintan manis,ditumbuk

½ s/t serbuk chilie

1 s/t serbuk chicken stock

½ s/t serbuk asafoetida

Garam secukup rasa

Minyak untuk goreng

1.    Campurkan tepung beras,tepung kacang kuda,jintan putih,serbuk chilie,serbuk chicken stock,asafetida dan garam dalam mangkuk.

2.    Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi batter yang pekat.

3.    Panaskan minyak. Masukkan bunga pisang kadalam batter dan gual sebati. Bila minyak sudah panas masukkan bunga pisang satu demi satu kedalam minyak dan goreng hingga garing.

4.    Bila sudah goreng semua nya. Letak atas bekas tahan microwave dan musuk kedalam oven dan microwave 1 mint. Keluarkan dan microwave sekali lagi 1 mint. Keluarkan dan biarkan sejuk. 

Nota: bila masa microwave kena jaga kalau tidak dia akan hangus. Process microwave ini untuk menjadi lebih rangup. Tak microwave pun tak apa.
Bunga pisang yang saya guna ini tak pahit.  






No comments: