DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, January 6, 2018

KEK BUAH SUJI




KEK BUAH SUJI

700 gm mix fruit,dicincang kasar

½ cawan air teh o

250 gm butter

250 gm gula perang

5 biji telur

60 gm butter

250 gm tepung suji

100 gm tepung gandum,diayak

1 s/t serbuk mix spices

½ teh  essence badam

½ teh essence rose

½ cawan gajus

1.    Campurkan buah dengan air teh dan biar sampai 2 jam.

2.    Kacau tepung suji dengan 60 gm butter dengan api yang kecil sampai sedikit perang ( jangan perang sangat ) ketepikan sampai sejuk

3.    Ayak tepung gandum dengan serbuk mix spices,ketepikan.

4.    Alaskan tin kek 4 segi 8x8 dengan 2 atau 3 helai kertas baking.

5.    Pukul butter dengan gula sampai kembang masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.

6.    Campurkan tepung suji dengan tepung gandum sampai sebati.

7.    Campurkan mix fruit dengan tepung suji berselang seli dalam adunan butter dengan sudu sampai sebati.

8.    Masukkan gajus dan juga essence kacau sebati dan tuangkan kedalam tin dan bakar dengan oven 170c selama sejam ( depends on the type of oven ) atau pun sampai masak.

9.    Sejukkan kek dalam tin baru keluar. Buangkan kertas dan bungkus dengan aluminum fold dan simpan dalam peti sejuk semalam baru boleh potong. Lagi lama simpan dalam peti sejuk lagi sedap.

 



No comments: